Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Sunday, 11 December 2011

Refleksi Makro Pengajaran


REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN

Dalam makro-pengajaran ini, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Rakaman makro-pengajaran ini  dijalankan pada 10 November 2011( Khamis ). Rakaman ini telah dijalankan di kelas tingkat 3 yang sebelum ini kelas 1E di tingkat bawah. Ini adalah di sebabkan keadaan di kelas asal berada dalam keadaan yang riuh karana tapak lapang di bawah mengadakan aktiviti-aktiviti pertandingan. Demi membuat rakaman yang lebih jelas, saya telah menyuruh murid-murid berpindah kelas buat sementara.

Kekuatan
Dalam menjalankanpengajaran mikro ini, saya telah menggunakan kemahiran soal jawab pada pemulaan. Kemahiran ini  merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Saya telah mendapati bahawa murid-murid telah memberi tindakbalas yang sewajarnya berkaitan dengan topik yang dikemukakan. Malah soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan mereka berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab yang saya jalankan adalah  untuk mengesan pengetahuan  sedia ada yang diperolehi murid. Di samping itu menggalakkan mereka menjana idea dengan pengalaman kehidupan mereka.

Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro-pengajaran saya ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan kemahiran memulakan pengajaran yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan langkah ini adalah tidak seiring. Hal ini disebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh saya telah mengambil masa yang terlalu lama dan  lebih daripada jangkaan saya. Saya telah menghabiskan masa yang terlalu banyak dalam langkah yang kedua iaitu aktiviti pengukuhan. Permainan kecil yang disediakan didapati agak susah iaitu murid-murid kurang pasti kategori makanan dalam sebuah piramid makanan. Oleh yang demikian, beberapa orang murid yang terpilih dalam permainan ini telah melekatkan kad gambar makanan di kategori yang salah. Dengan ini, saya perlu menggunakan masa yang lebih untuk membimbing murid-murid membuat pembetulan. Ini telah menyebabkan masa untuk  membuat latihan pengukuhan tidak mencukupi.
Sementara itu, suara yang tidak cukup kuat juga menyebabkan murid-murid kurang jelas dengan arahan yang diberikan dan mudah  dipengaruhi oleh suasana persekitaran.

Langkah-langkah Mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan makro-pengajaran, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dalam menyampaikan pelajaran. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian dengan persediaan yang lebih sistematik. Pemilihan permaian kecil boleh menjadi lebih sesuai selepas murid-murid boleh memberi contoh-contoh yang banyak selain daripada yang berada dalam buku teks. Permaian ini boleh dipertingkatkan dengan menggunakan permaian secara berkumpulan. Dengan perbincangan antara kawan-kawan, mereka tidak mudah keliru. Selain itu, kad-kad gambar yang ditunjukkan juga boleh ditayangkan dalam slide-show. Pilihan dan contoh perlu diberi sebelum permainan dijalankan.

Manakala, suara yang lantang merupakan elemen penting dalam kemahiran memulakan pengajaran. Suara yang lantang akan memudahkan murid-murid mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid-murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain yang telah banyak berlaku sebelum ini. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada saya.
Justeru itu, saya perlu mengingatkan diri  untuk menjadikan suara yang lebih lantang. Dengan ini, kejelasan memberikan arahan juga akan  menjadi kekuatan yang dikenalpasti
dalam penyampaian pelajaran saya.


No comments:

Post a Comment