Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Sunday, 11 December 2011

Makro Bahasa Malaysia Tahun Satu Sekolah Rendah




Rancangan Pengajaran Makro Bahasa Malaysia
Tahun Satu Sekolah Rendah
Mata Pelajaran          : Bahasa Malaysia
Tarikh                         : 10.11.2011
Kelas                          : 1E
Bilangan Murid         : 40 orang
Hari                             : Khamis
Masa                           : 4.05p.m. – 5.05p.m. ( 30 minit )
Tema                          : Badan Sihat, Otak Cerdas
Tajuk                          : Unit14- Saya Sihat
Kemahiran                :
Fokus Utama: SK:1.2   Mendengar,mengecam,dan menyebut bunyi  bahasa iaitu abjad,
                                       suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
                         SP:1.2.6  Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal
                                        dengan betul   dan tepat.
Fokus Sampingan:SK:2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,   
                                            sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 
                           SP:2.3.1    Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang
                                            jelas dan intonasi yang betul.
Objektif Pembelajaran          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.    Murid dapat menyenaraikan makanan seimbang yang baik untuk kesihatan badan mereka.
Sistem Bahasa:  Imbuhan Awalan
Pengisian Kurikulum: Ilmu: PJK
Nilai: Bertanggungjawab
Kemahiran Bernilai Tambah: Menjana idea
Bahan Bantu Mengajar        : Kad-kad makanan, kertas mahjong
Refleksi                                  : ­­­­Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran.
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
( 3minit )

Guru mengemukakan soalan-soalan yang mengenai makanan untuk sarapan pagi, tengah hari dan malam.

1.    Guru menanya soalan, murid menjawab.
ü  Murid-murid, adakah kamu semua makan sarapan dan tengah hari ,tadi? Kamu telah makan apa semasa sarapan dan tengah hari?
( roti, telur, nasi, mee, biskut dan sebagainya )
ü  Adakah makanan yang kamu makan berkhasiat? Bolehkah  kamu memberitahu kawan-kawan contoh-contoh makanan yang berkhasiat?
2.    Guru memberi contoh-contoh makanan berkhasiat sambil menunjukkan kad-kad gambar makanan.

BBM

Kad gambar makanan.


Langkah 1
( 12minit )
 Baca dan Fahami:
(Kertas Mahjong)
Makanan ini ada karbohirat.
Saya perlu makan secukupnya.
Makanan ini ada vitamin.
Saya perlu makan banyak.
Makanan ini ada protein.
Saya perlu makan secara sederhana.
Makanan ini ada lemak.
Makanan ini ada gula.
Makanan ini ada garam.
Saya perlu makan sedikit.
1.    Guru membimbing murid bercerita tentang menu harian keluarga mereka dengan menggunakan ayat tunggal.
2.    Guru membimbing murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat pada kertas mahjong dan teks.
3.    Guru memberitahu murid-murid kepentingan setiap kategori makanan .
4.    Guru membimbing murid-murid memberikan contoh yang lain bagi setiap kategori makanan.
BBM
Kertas mah-jong
KBT:
Menjana idea
Nilai:
Bertanggungjawab
Langkah 2
(8 minit )
Guru menyediakan permainan piramid
 makanan.
1.    Guru melukis satu piramid makanan   yang  pada papan putih.
2.    Guru meminta 5 orang murid tampil ke hadapan untuk  memilih kad-kad makanan dan seterusnya melekatkan kad itu pada kategori makanan yang sesuai.
3.    Guru berbincang dengan murid-murid dan membetulkan kesalahan jika ada.

Langkah 3
( 5minit )
Latihan pengukuhan
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
2.    Murid-murid menyiapkan latihan-latihan dalam masa yang diberikan.
3.    Guru meronda dan memeriksa serta memberi bimbingan semasa murid-murid membuat lembaran kerja.
4.    Guru berbincang bersama murid-murid dan membetulkan kesalahan jika ada.
BBM
Lembaran kerja ( lampiran 1 )
Penutup
( 2minit )
Mengkonklusikan topik
1.    Guru menamatkan pengajaran dengan mengingatkan murid-murid tentang kepentingan setiap kategori makanan.
2.    Guru meminta murid-murid membaca kertas mahjong yang disediakan.

BBM
Kertas Mahjong

No comments:

Post a Comment