Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Sunday, 11 December 2011

Contoh RPH KSSR Tahun 1

RPH BM KSSR Tahun 1 / 2011

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN


REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

Saya telah  memilih kemahiran pengukuhan pengajaran untuk menjalankan rakaman dalam sesi mikro-pengajaran ini. Kemahiran pengukuhan pengajaran ini adalah penting untuk menarik perhatian murid-murid supaya mereka bersedia dari sudut kognitif dan afektif untuk mengikuti pengajaran saya. Dalam mikro-pengajaran ini, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Rakaman mikro-pengajaran ini  dijalankan pada 11 November 2011( Khamis ). Sebenarnya, saya telah merancang dan menjalankan mikro-pengajaran yang pertama pada satu minggu yang sebelumnya iaitu 3 November 2011 tetapi apabila proses pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan selama 5 minit sahaja, hujan telah turun dengan lebatnya. Keadaan ini telah mempengaruhi rakaman saya kerana suara yang dirakam menjadi kurang jelas. Oleh  demikian, saya terpaksa berhenti rakaman mikro-pengajaran saya pada hari itu. Rakaman mikro-pengajaran saya terpaksa ditangguhkan ke suatu hari yang lain. Maka ini merupakan rakaman mikro-pengajaran saya yang kedua. Saya mengajar tentang tajuk ‘Saya Sihat’.

Kekuatan
Dalam menjalankan langkah 2 dalam pengajaran mikro ini, saya telah menggunakan kemahiran pengukuhan. Alat bantu mengajar iaitu kad-kad gambar yang saya menyediakan dapat menarik perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Sementara itu, murid-murid sangat berminat dalam melibatkan diri dalam permainan kecil yang telah disediakan. Dengan ini, murid-murid juga melibatkan diri dalam perbincangan semasa permainan dijalankan. Kemahairan ini adalah untuk membangkitkan perhatian murid-murid dan memfokuskan perhatian mereka kepada fakta penting dalam pelajaran. Manakala, saya telah mendapati bahawa kecekapan penggunaan alat bantu mengajar adalah penting. Justeru itu, guru harus mempelbagaikan strategi pengajaran, memerhati persekitaran bilik darjah, mencuba alat bantu mengajar yang pelbagai, menguasai komunikasi verbal dan non-verbal dalam kelas.
           

Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro-pengajaran saya ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan kemahiran memulakan pengajaran yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan langkah ini adalah tidak seiring. Hal ini disebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh saya telah mengambil masa yang terlalu lama dan  lebih daripada jangkaan saya.

Langkah-langkah Mengatasi

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan mikro-pengajaran, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dalam menyampaikan pelajaran. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.





Rancangan Pengajaran Mikro Bahasa Malaysia( Langkah 2)--Tahun Satu Sekolah Rendah


 Rancangan Pengajaran Mikro Bahasa Malaysia( Langkah 2)
Tahun Satu Sekolah Rendah

Mata Pelajaran          : Bahasa Malaysia
Tarikh                         : 10.11.2011
Kelas                          : 1C
Bilangan Murid         : 8 orang
Hari                             : Khamis
Masa                           : 3.15p.m-3.45pm ( 10 minit )
Tema                          : Badan Sihat, Otak Cerdas
Tajuk                          : Unit14- Saya Sihat
Pendekatan P& P                  : Menjana idea
Bahan Bantu Mengajar        : Kad gambar makanan
Pengetahuan yang sedia ada   : Murid-murid telah belajar tentang “ Badan Sihat, Otak 
                                                     Cerdas.
Refleksi                                  : Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran.

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Langkah 2
( 10 minit )

Guru menyediakan permainan kecil.
( Piramid Makanan)

1.    Guru melukis satu piramid makanan   yang  pada papan putih.
2.    Guru meminta 5 orang murid tampil ke hadapan untuk  memilih kad-kad makanan dan seterusnya melekatkan kad itu pada kategori makanan yang sesuai.
3.    Guru berbincang dengan murid-murid dan membetulkan kesalahan jika ada. Guru menunjukkan kepingan puzzle yang tidak disusun.


BBM

Kad gambar makanan

Refleksi Makro Pengajaran


REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN

Dalam makro-pengajaran ini, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Rakaman makro-pengajaran ini  dijalankan pada 10 November 2011( Khamis ). Rakaman ini telah dijalankan di kelas tingkat 3 yang sebelum ini kelas 1E di tingkat bawah. Ini adalah di sebabkan keadaan di kelas asal berada dalam keadaan yang riuh karana tapak lapang di bawah mengadakan aktiviti-aktiviti pertandingan. Demi membuat rakaman yang lebih jelas, saya telah menyuruh murid-murid berpindah kelas buat sementara.

Kekuatan
Dalam menjalankanpengajaran mikro ini, saya telah menggunakan kemahiran soal jawab pada pemulaan. Kemahiran ini  merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Saya telah mendapati bahawa murid-murid telah memberi tindakbalas yang sewajarnya berkaitan dengan topik yang dikemukakan. Malah soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan mereka berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab yang saya jalankan adalah  untuk mengesan pengetahuan  sedia ada yang diperolehi murid. Di samping itu menggalakkan mereka menjana idea dengan pengalaman kehidupan mereka.

Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro-pengajaran saya ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan kemahiran memulakan pengajaran yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan langkah ini adalah tidak seiring. Hal ini disebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh saya telah mengambil masa yang terlalu lama dan  lebih daripada jangkaan saya. Saya telah menghabiskan masa yang terlalu banyak dalam langkah yang kedua iaitu aktiviti pengukuhan. Permainan kecil yang disediakan didapati agak susah iaitu murid-murid kurang pasti kategori makanan dalam sebuah piramid makanan. Oleh yang demikian, beberapa orang murid yang terpilih dalam permainan ini telah melekatkan kad gambar makanan di kategori yang salah. Dengan ini, saya perlu menggunakan masa yang lebih untuk membimbing murid-murid membuat pembetulan. Ini telah menyebabkan masa untuk  membuat latihan pengukuhan tidak mencukupi.
Sementara itu, suara yang tidak cukup kuat juga menyebabkan murid-murid kurang jelas dengan arahan yang diberikan dan mudah  dipengaruhi oleh suasana persekitaran.

Langkah-langkah Mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan makro-pengajaran, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dalam menyampaikan pelajaran. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian dengan persediaan yang lebih sistematik. Pemilihan permaian kecil boleh menjadi lebih sesuai selepas murid-murid boleh memberi contoh-contoh yang banyak selain daripada yang berada dalam buku teks. Permaian ini boleh dipertingkatkan dengan menggunakan permaian secara berkumpulan. Dengan perbincangan antara kawan-kawan, mereka tidak mudah keliru. Selain itu, kad-kad gambar yang ditunjukkan juga boleh ditayangkan dalam slide-show. Pilihan dan contoh perlu diberi sebelum permainan dijalankan.

Manakala, suara yang lantang merupakan elemen penting dalam kemahiran memulakan pengajaran. Suara yang lantang akan memudahkan murid-murid mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid-murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain yang telah banyak berlaku sebelum ini. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada saya.
Justeru itu, saya perlu mengingatkan diri  untuk menjadikan suara yang lebih lantang. Dengan ini, kejelasan memberikan arahan juga akan  menjadi kekuatan yang dikenalpasti
dalam penyampaian pelajaran saya.


Makro Bahasa Malaysia Tahun Satu Sekolah Rendah




Rancangan Pengajaran Makro Bahasa Malaysia
Tahun Satu Sekolah Rendah
Mata Pelajaran          : Bahasa Malaysia
Tarikh                         : 10.11.2011
Kelas                          : 1E
Bilangan Murid         : 40 orang
Hari                             : Khamis
Masa                           : 4.05p.m. – 5.05p.m. ( 30 minit )
Tema                          : Badan Sihat, Otak Cerdas
Tajuk                          : Unit14- Saya Sihat
Kemahiran                :
Fokus Utama: SK:1.2   Mendengar,mengecam,dan menyebut bunyi  bahasa iaitu abjad,
                                       suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
                         SP:1.2.6  Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal
                                        dengan betul   dan tepat.
Fokus Sampingan:SK:2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,   
                                            sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 
                           SP:2.3.1    Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang
                                            jelas dan intonasi yang betul.
Objektif Pembelajaran          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.    Murid dapat menyenaraikan makanan seimbang yang baik untuk kesihatan badan mereka.
Sistem Bahasa:  Imbuhan Awalan
Pengisian Kurikulum: Ilmu: PJK
Nilai: Bertanggungjawab
Kemahiran Bernilai Tambah: Menjana idea
Bahan Bantu Mengajar        : Kad-kad makanan, kertas mahjong
Refleksi                                  : ­­­­Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran.
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
( 3minit )

Guru mengemukakan soalan-soalan yang mengenai makanan untuk sarapan pagi, tengah hari dan malam.

1.    Guru menanya soalan, murid menjawab.
ü  Murid-murid, adakah kamu semua makan sarapan dan tengah hari ,tadi? Kamu telah makan apa semasa sarapan dan tengah hari?
( roti, telur, nasi, mee, biskut dan sebagainya )
ü  Adakah makanan yang kamu makan berkhasiat? Bolehkah  kamu memberitahu kawan-kawan contoh-contoh makanan yang berkhasiat?
2.    Guru memberi contoh-contoh makanan berkhasiat sambil menunjukkan kad-kad gambar makanan.

BBM

Kad gambar makanan.


Langkah 1
( 12minit )
 Baca dan Fahami:
(Kertas Mahjong)
Makanan ini ada karbohirat.
Saya perlu makan secukupnya.
Makanan ini ada vitamin.
Saya perlu makan banyak.
Makanan ini ada protein.
Saya perlu makan secara sederhana.
Makanan ini ada lemak.
Makanan ini ada gula.
Makanan ini ada garam.
Saya perlu makan sedikit.
1.    Guru membimbing murid bercerita tentang menu harian keluarga mereka dengan menggunakan ayat tunggal.
2.    Guru membimbing murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat pada kertas mahjong dan teks.
3.    Guru memberitahu murid-murid kepentingan setiap kategori makanan .
4.    Guru membimbing murid-murid memberikan contoh yang lain bagi setiap kategori makanan.
BBM
Kertas mah-jong
KBT:
Menjana idea
Nilai:
Bertanggungjawab
Langkah 2
(8 minit )
Guru menyediakan permainan piramid
 makanan.
1.    Guru melukis satu piramid makanan   yang  pada papan putih.
2.    Guru meminta 5 orang murid tampil ke hadapan untuk  memilih kad-kad makanan dan seterusnya melekatkan kad itu pada kategori makanan yang sesuai.
3.    Guru berbincang dengan murid-murid dan membetulkan kesalahan jika ada.

Langkah 3
( 5minit )
Latihan pengukuhan
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
2.    Murid-murid menyiapkan latihan-latihan dalam masa yang diberikan.
3.    Guru meronda dan memeriksa serta memberi bimbingan semasa murid-murid membuat lembaran kerja.
4.    Guru berbincang bersama murid-murid dan membetulkan kesalahan jika ada.
BBM
Lembaran kerja ( lampiran 1 )
Penutup
( 2minit )
Mengkonklusikan topik
1.    Guru menamatkan pengajaran dengan mengingatkan murid-murid tentang kepentingan setiap kategori makanan.
2.    Guru meminta murid-murid membaca kertas mahjong yang disediakan.

BBM
Kertas Mahjong